Pages

Friday, October 05, 2012

Ada satu pengumuman

Salam semua!!

Okey, kat sini adelah nak diberitahu bahawasanya yg ai ialah malas nak update 2 belog dalam 1 masa. 1 belog pun dah tak terjaga. inikan pula nak jaga 2 belog. sila jangan jadi tamak, sebab i is bizi kebelakangan ini. pikir nak jaga diri sendiri je. belog2 ni kemudian pikir. thehehe

makaaa, ini akan jadi last entry utk blog ini. as usual, ai akan update entry related to wedding or personal life kat blog personal ai itu sahaja..

sekian :)

Wednesday, August 15, 2012

Review Hantaran Tunang


Salam semua :)

Tak perlu mukaddimah yg berjela. Kita cuma nak review fasal hantaran tunang kita haritu. 

Hantaran kita haritu kalau ikutkan 7 berbalas 9. TAPI biasa la kan. kalau dah ramai orang, ramai la kepala nyer. so belah lelaki pulak yg bagi lebih. dalam 12 cengitu kot diorang bagi. hehe. dasat kan. tapi takpe, kita ambik aje laa. sbb last minit kakak-kakak tunang kita decide nak bagi makanan sorang satu. 

Hantaran semua simple jek. okay, jom layan gambar. and sebelum tu nak bagitau, kita takde OP pon. so gambarnya pun biasa2 jelah.

Yg kaler biru tu hantaran kita untuk tunang kita.


 Ni halwa betik, kak long kita sponsor. lawa sangat, halwa betik tu diwarnakan, and dibuat bentuk bunga ros and ada daun2 sket. 

 Belt, and wallet. 

Haa. yg ni tunang kita cakap nak pakai time raya nanti. kira officially jadi baju raya laaa :)

 Cupcake. tempah kat jerantut

 Yg ni kakak ipar kita sponsor. siyes sedap. rm1 jer nih sebekas. kita ada letak dlm goodies bag juge. semua org tanya buat seniri ke. hee. jawapannye ialah TEMPAH okey. tak rajin ^_^

  Cekelat. dalam box itu jer. lain2 gula2. 


Buah ni kita memula tak tau nak deco cemane, last2 nampak bowl besar kt kedai 2hengget, so letak dalam tu, inilah hasilnye. oh ye, anggur xkilat. heee. tak sempattt sebenanya.

And yg ni kek kita tempah kat secret recipe.

Ni abg kita buatkan. guna fresh flower. bunga warna warni tu pun beli kat auntie yg jual peralatan semayang org india. tehehe :D


Okay. tu je lah review nyer. haha. macam tak berapa nak review sangat je kan.takpe. 

Nanti kita review pulak hantaran dari pihak lelaki. 

okay. till then. meh nak tepek sekeping pic kita dgn tunang kita ittewww :)


okay. itu saje :)

Later kita review yg lain-lain okay! Selamat berpuasa & selamat hari raya Aidilfitri, mohon diampunkan segala kesalahan kita kot-kot ade menjentik hati sesape dalam berblog :) 
*** kena wish awal.kot-kot sampai lepas raya takde update ape-ape. :)

Wednesday, July 25, 2012

Teaser E-day

Salam Ramadhan semua!!


Amboi dah berkulat blog nih. Ni pun curi-curi jer update blog. 


30/6 haritu sy dah selamat bertunang. Alhamdulillah. so kalau ada masa nanti, bolehla review sikit-sikit.


Meh nak bagi teaser sikit. 



haaaaaaaaa.


okay. itu sahajer. later akan diupdate betul-betul and berjanji akan lebih berhemah :)



Friday, May 25, 2012

E-day Checklist

Salam.


Belog agak terabai. :)


Salahkan kerja yang melimpah ruah. tapi jangan salahkan beria-ria sangat, pekerjaan saya yang 1 itulah punca rezeki saya :)


Ekceli saya dah dapat date utk majlis e-day saya. beberapa persiapan dah dibuat. majlis lebih kurang sebulan and seminggu dari sekarang. berusahaaaaalah! >.<


Meh tengok checklist saya.


Cincin tunang- done
Cincin merisik - not yet done
Hantaran- ongoing
Baju tunang - done
Pelamin tunang - done
Door gift - done




hmm. ape lagi eh? macam tak berapa nak complete lagi ni ekceli. kena pikir lagi apa yang patut. sekarang ni tengah nak cari cupcake/ kek hantaran yang sedap and cantik. any idea tak b2b sekaliannnnn? kalau ada, harap dpt membantu. mekasih! :)



Friday, March 30, 2012

Nak mintak pendapat korang. Help me please?

Salam semua


Mendiamkan diri bukan bermakna saya tak jenguk blog b2b yang laen ye.tiap2 hari sy check dashboard and tengok update terbaru korang. heheh. cuma blog sy je slow sikit tang entry sebab takde progress sangat. huwaaaaaaa..!!.sebab tu sy lebih senang diamkan diri and lebih suka baca blog orang dari ambil tahu pasal blog sendiri. haha :D




begini citer dia. sy nak tunang dalam masa terdekat ni. so dulu plan asal sy, nak bagi hantaran masa tunang je, so masa kawin nanti dah takde bagi hantaran. TAPI sekarang plan dah bertukar, MAKA plan sekarang ialah hantaran tunang ada, and masa kawin nanti ada hantaran lagi.






So sy nak mintak pendapat kalian-kalian sume yg dah berpengalaman, or sapa-sape yang baek hati nak share apa yg patut bagi masa tunang ni. sebab idea untuk hantaran kawen tu dah ada, cth mcm perfume, bag, kasut, etc.


and kalau lagi baek hati, bagi lah link blog, or fb untuk kek , cupcake,yang sedap and cantik. ok, itu saja untuk kali ini. thanks and sayang korang ketat-ketat:)

Wednesday, February 01, 2012

DIY bunga tisu

salam sayang buat semua :)




semalam duk godek blog b2b. lepas tu ada tengok tutorial buat bunga tisu. 


ekceli dari hari tu lagi mcm interested dgn bunga tisu nih, tapi disebabkan penyakit malas, macam tak ambik port sangat lah. 


tapi semalam terus rasa teruja  nak try buat bunga tisu nie bila tengok entry nana-sarah. tersangatlah cantik diy pelamin dia. memang superb and dia rajin sebab buat bunga ni dalam kuantiti yang banyak :)


maka malam tadi sesambil layan drama gemersik kalbu, otak ligat memikir nak guna bahan ape utk buat bunga tisu nie, sebab tisu yang ada kat rumah tu pon ialah soft facial tisu saje okey. veri de lembut and mmg totally xsesuai la utk buat bunga nih.


tup2 teringat dalam kotak kasut ada kertas or mcm kain jugak kot, cepat2 amik kertas tu, ambik gunting and dawai halus. maka sesi men-diy pon bermula berbekalkan step-step yang dihapal masa kat opis siang tadi. hahah, sebab kat rumah ialah takde internet! sedih ko...........


jeng jeng jenggg~


maka ini lah hasilnye. 







kesian kan, guna kamera henpon je, maka tak clear sangat ..tak berapa nampak la kelopak yang terhasil .


ni baru 1st try, lepas ni harus explore lebih lagi & lagi ! ^__^ boleh tambah macam2 untuk bagi bunga tu lagi comel, boleh tambah riben and mcm2 lah!


ni antara bunga tisu yang bukan sy buat, tapi orang laen yang buat! heheh. jomss kite same2 buat inspirasi utk DIY!  


source : google


  See, jimat, buat hantaran pon buleh. tak payah bazir beli bunga, hehe, tp syg nye saya dah beli bunga. :p



 cantik sesangat kaler purple nie. suke benor. harus lepas ni cari tisu mcm ni kat ikea 



macam ni,boleh buat jugak untuk letak as centerpiece.




hebat kan! guna tisu je, dah dapat hasil yang de boom. 

tak sabar nak beli tisu kaler yang cantik2, and mulakan aktiviti diy. tengah berangan nak letak bunga nie kat candy buffet, gantung2 kan kat dinding. cantik!!


*************
kalau korang nak try, sila google tutorial ye :)

daa.......

Tuesday, January 17, 2012

Hatta Dolmat Buat Sale!

salam  b2b semua!


tadi tengok hatta dolmat ade buat sale untuk design baju-baju yg meletups and chantik juge.




kalau ada b2b yg tercari-cari baju untuk nikah, or sanding, or even untuk tunang pun , bole la tengok-tengok blog hatta dolmat ni okay. mane tau selain tu, boleh dijadikan inspirasi.


ni antara baju-baju rekaan hatta dolmat yang ohsem :




ohsem. design pun chantik!

























cantik tak? cantik tak? kalau berkenan, boleh contact hatta dolmat hokeyyy!


hatta dolmat couture
A 22 jln plumbum p7/p, pusat komersil seksyen7.
40000 Shah alam, slangor D.E



Thursday, January 12, 2012

Color Themes 2012

Hi, and salam uols.

Belog ni lama tak berusik. sibuk baca belog kawan-kawan B2B je. Ada yang review pasal kawin la, pasal tunang la, and macam-macam lah. seronok and boleh la diguna pakai idea-idea bernas diorang tu nanti. :)

OKAY, for today, saye nak share pasal theme color yang boleh diguna kan untuk majlis tunang, or even wedding day. semua pun boleh, asalkan cantik di mata :)




(1)
Sage Green (hijau zaitun) & White


(2)
Orange, Pink and Green

fuschia pink-orange

pink-orange-green
yang ini macam campuran warna yang ganjil dan berani sikit . tapi nampak CERIA!

(3)
Baby Blue and Silver


kaler ni saye suke. kaler pastel yang ringan and nampak cantik and sweet

(4)
Yellow (tapi utk tahun 2012, maybe yellow + orange || yellow + blue yg up)

yellow-grey

yellow-orange

guna yellow + orange utk centerpiece pun menariksss jugakkk


yellow + blue
pun cantekkk. kaler mantap.

(5)
Black + White (tambah silver color utk hasil yg lagi menakjubkan)
black-white

black-white-silver

black-white HB

(6)
Burgundy (ungu gelap)
burgundy-grey
burgundy-gold

(7)
Hot Pink
hot pink-black

hot pink-lime door gift


(8)
Chocolate Mocha with Soft Pink


ala tomei-tomei. nampak sangat sweet

sangat suka lah color inieeeeee!! :)

(9)
Pale pink and silver


(10)
Elegant white on white


last but not least. idea dari blogger intan norazam. DIY sendiri, tapi hasilnya mengagumkan!


OKAY

puas tak tengok warna-warna kat atas sana?


JADI

pada sape-sape yang nak langsungkan majlis e-day or kahwen, boleh la guna idea ni. 
Hope ia membantu! :)


still memikir nak buat theme color ape utk e-day saye?