Pages

Showing posts with label DIY hantaran. Show all posts
Showing posts with label DIY hantaran. Show all posts

Wednesday, February 01, 2012

DIY bunga tisu

salam sayang buat semua :)




semalam duk godek blog b2b. lepas tu ada tengok tutorial buat bunga tisu. 


ekceli dari hari tu lagi mcm interested dgn bunga tisu nih, tapi disebabkan penyakit malas, macam tak ambik port sangat lah. 


tapi semalam terus rasa teruja  nak try buat bunga tisu nie bila tengok entry nana-sarah. tersangatlah cantik diy pelamin dia. memang superb and dia rajin sebab buat bunga ni dalam kuantiti yang banyak :)


maka malam tadi sesambil layan drama gemersik kalbu, otak ligat memikir nak guna bahan ape utk buat bunga tisu nie, sebab tisu yang ada kat rumah tu pon ialah soft facial tisu saje okey. veri de lembut and mmg totally xsesuai la utk buat bunga nih.


tup2 teringat dalam kotak kasut ada kertas or mcm kain jugak kot, cepat2 amik kertas tu, ambik gunting and dawai halus. maka sesi men-diy pon bermula berbekalkan step-step yang dihapal masa kat opis siang tadi. hahah, sebab kat rumah ialah takde internet! sedih ko...........


jeng jeng jenggg~


maka ini lah hasilnye. 







kesian kan, guna kamera henpon je, maka tak clear sangat ..tak berapa nampak la kelopak yang terhasil .


ni baru 1st try, lepas ni harus explore lebih lagi & lagi ! ^__^ boleh tambah macam2 untuk bagi bunga tu lagi comel, boleh tambah riben and mcm2 lah!


ni antara bunga tisu yang bukan sy buat, tapi orang laen yang buat! heheh. jomss kite same2 buat inspirasi utk DIY!  


source : google


  See, jimat, buat hantaran pon buleh. tak payah bazir beli bunga, hehe, tp syg nye saya dah beli bunga. :p



 cantik sesangat kaler purple nie. suke benor. harus lepas ni cari tisu mcm ni kat ikea 



macam ni,boleh buat jugak untuk letak as centerpiece.




hebat kan! guna tisu je, dah dapat hasil yang de boom. 

tak sabar nak beli tisu kaler yang cantik2, and mulakan aktiviti diy. tengah berangan nak letak bunga nie kat candy buffet, gantung2 kan kat dinding. cantik!!


*************
kalau korang nak try, sila google tutorial ye :)

daa.......

Friday, December 16, 2011

Kedai Barang Gubahan Hantaran Murah - Chow Kit - 1

Salam.


Berhabuk sikit belog ni. hehe. sebab bz lah konon-konon.


haritu saya janji nak cerita pasal kedai barang hantaran murah, kan. so, mari baca ini :)


Nama kedai barang hantaran ni ialah Kedai Bunga Vivian, terletak di No 8, Jln Hj. Hussin, Chow Kit. Landmark nye, dekat dengan pasar chow kit.  dekat dengan balai polis raja Bot. So bile korang nak pergi sini nanti, jangan lah pulak membayangkan kedainyer cantik, wangi and macam pasaraya sebab kedai bunga vivian ni betul-betul dalam kawasan pasar chow kit. hehe. first time saya nak pegi kedai bunga vivian ni, berpeluh jugak ketiak nak mencarinye sebab kedainyer kat dalam pasar chow kit, tapi kalau nak senang, ringankan mulut bertanya. konfem jumpa kedainya :)




kenapa saya kate kedai ni murah? sebab pertama ialah saya dah buat survey dekat Nilai 3. Sangat la mendukacitakan. sebab barang kat sane macam mahal lah pulak. Ingatkan kat sana banyak choice, maka harga murah. TAPI tidak sama sekali. rambang mata bila tengok sesetengah kedai kat nilai 3 tu yang deko hantaran cantik-cantik, tapi harga pun CANTIK juge. hihi. dari membazir suruh kedai tu deko, baik DIY sendiri. baru puas hati..


OK, berbalik pada cerita kedai Vivian ni, kat kedai ni ada jual segala jenis barang untuk buat hantaran. bermula dengan reben, dulang hantaran, bunga, span, dan segala  macam lagi lah.. semuanya ade. kalau yang dah nak kawen tu, maybe nak cari bunga telur, brg utk door gift, semua ada di kedai vivian nie..... *promote lebih ni. hikhikhik~


Apa yang best kat kedai vivian ni, pekerja kedai ni boleh tolong gubahkan hantaran untuk kita. Kita pilih bakul hantaran, bunga, and apa-apa yg patut macam riben, renda, or ape-ape la yang berkaitan, and then diorang akan gubahkan mengikut permintaan kita. kemudian kita balik rumah, kita buat la sendiri gubahan yang lain. kalau malas, suruh kedai vivian je buatkan set hantaran tu. hehe. mungkin akan ada charge sikit la untuk kos gubahan tu. tapi tak mahal, sebab beli barang dekat kedai diorang kan.


macam saya, saya beli bakul hantaran, and vivian sediakan bunga , renda, span untuk mencucuk bunga yang secukupnya untuk kesemua dulang hantaran tu, and semua benda laaa yang diperlukan, kemudian pekerja kedai vivian buatkan satu contoh gubahan hantaran, and nanti balik rumah, sy buat la sama mcm kedai vivian buat. mudah kan! and yang penting berbaloi la, murah dan puas hati compare kat Nilai 3 tu. kalau kat sana untuk 7-9 set hantaran yang sudah siap digubah, ada yang cecah RM 700-1200. sangat sedih okeyh!


and FYI, saya beli 16 bekas hantaran. 9 saya punya, and 7 untuk bf saya . totally semua barang untuk gubah hantaran tu sy beli dekat vivian, cth mcm gam pistol tu, riben, bunga, span, dawai, and macam-macam lah... and harga untuk semua tu sangat-sangat murah okay. memang tak dapat la dekat Nilai 3..


okay, so mari menjamu mata sikit. Jom tengok ape yang saya beli kat kedai vivian. (sebahagian aje)








 Theme color ialah biru Turquoise 






plan nak letak fruit dalam bakul ni... 


 yg ni total cost utk barang hantaran utk bf saya punya. dia punya bakul hitam, saya punya bakul putih :) malangnye resit untuk barang hantaran saya tak sempat snap . hehe. 


ni hanya sebahagian daripada ape yg dibeli. tak sempat nak snap pic banyak-banyak. ampunn :)


nanti saya letak pic full hantaran yang digubah. TUNGGUUUU ........  next entry okay! :)

Thursday, October 13, 2011

Teaser : DIY Hantaran

Salam uols.


sy nak tunjuk teaser DIY dulang hantaran sy. sebelum sy letak bebanyak teaser psl DIY hantaran, nanti sy nak share info di mana sy beli barang utk DIY hantaran. super murah, memang berbaloi-baloi. tungguuuu k, next entry sy review kat mana nak beli barang buat hantaran murah-murah :-)




tadaa. takde lah teaser mane pun kan. heehe. theme color DIY hantaran sy ialah baby blue :-)