Pages

Friday, December 16, 2011

Kedai Barang Gubahan Hantaran Murah - Chow Kit - 1

Salam.


Berhabuk sikit belog ni. hehe. sebab bz lah konon-konon.


haritu saya janji nak cerita pasal kedai barang hantaran murah, kan. so, mari baca ini :)


Nama kedai barang hantaran ni ialah Kedai Bunga Vivian, terletak di No 8, Jln Hj. Hussin, Chow Kit. Landmark nye, dekat dengan pasar chow kit.  dekat dengan balai polis raja Bot. So bile korang nak pergi sini nanti, jangan lah pulak membayangkan kedainyer cantik, wangi and macam pasaraya sebab kedai bunga vivian ni betul-betul dalam kawasan pasar chow kit. hehe. first time saya nak pegi kedai bunga vivian ni, berpeluh jugak ketiak nak mencarinye sebab kedainyer kat dalam pasar chow kit, tapi kalau nak senang, ringankan mulut bertanya. konfem jumpa kedainya :)




kenapa saya kate kedai ni murah? sebab pertama ialah saya dah buat survey dekat Nilai 3. Sangat la mendukacitakan. sebab barang kat sane macam mahal lah pulak. Ingatkan kat sana banyak choice, maka harga murah. TAPI tidak sama sekali. rambang mata bila tengok sesetengah kedai kat nilai 3 tu yang deko hantaran cantik-cantik, tapi harga pun CANTIK juge. hihi. dari membazir suruh kedai tu deko, baik DIY sendiri. baru puas hati..


OK, berbalik pada cerita kedai Vivian ni, kat kedai ni ada jual segala jenis barang untuk buat hantaran. bermula dengan reben, dulang hantaran, bunga, span, dan segala  macam lagi lah.. semuanya ade. kalau yang dah nak kawen tu, maybe nak cari bunga telur, brg utk door gift, semua ada di kedai vivian nie..... *promote lebih ni. hikhikhik~


Apa yang best kat kedai vivian ni, pekerja kedai ni boleh tolong gubahkan hantaran untuk kita. Kita pilih bakul hantaran, bunga, and apa-apa yg patut macam riben, renda, or ape-ape la yang berkaitan, and then diorang akan gubahkan mengikut permintaan kita. kemudian kita balik rumah, kita buat la sendiri gubahan yang lain. kalau malas, suruh kedai vivian je buatkan set hantaran tu. hehe. mungkin akan ada charge sikit la untuk kos gubahan tu. tapi tak mahal, sebab beli barang dekat kedai diorang kan.


macam saya, saya beli bakul hantaran, and vivian sediakan bunga , renda, span untuk mencucuk bunga yang secukupnya untuk kesemua dulang hantaran tu, and semua benda laaa yang diperlukan, kemudian pekerja kedai vivian buatkan satu contoh gubahan hantaran, and nanti balik rumah, sy buat la sama mcm kedai vivian buat. mudah kan! and yang penting berbaloi la, murah dan puas hati compare kat Nilai 3 tu. kalau kat sana untuk 7-9 set hantaran yang sudah siap digubah, ada yang cecah RM 700-1200. sangat sedih okeyh!


and FYI, saya beli 16 bekas hantaran. 9 saya punya, and 7 untuk bf saya . totally semua barang untuk gubah hantaran tu sy beli dekat vivian, cth mcm gam pistol tu, riben, bunga, span, dawai, and macam-macam lah... and harga untuk semua tu sangat-sangat murah okay. memang tak dapat la dekat Nilai 3..


okay, so mari menjamu mata sikit. Jom tengok ape yang saya beli kat kedai vivian. (sebahagian aje)








 Theme color ialah biru Turquoise 






plan nak letak fruit dalam bakul ni... 


 yg ni total cost utk barang hantaran utk bf saya punya. dia punya bakul hitam, saya punya bakul putih :) malangnye resit untuk barang hantaran saya tak sempat snap . hehe. 


ni hanya sebahagian daripada ape yg dibeli. tak sempat nak snap pic banyak-banyak. ampunn :)


nanti saya letak pic full hantaran yang digubah. TUNGGUUUU ........  next entry okay! :)

2 comments:

  1. ehhem *cough*

    mmg baca review kt tenet ramai beli brg hantaran kt sini..ritu berminat gak nk p kedai ni tp jauh so beli kt penang je...tak sabar nk tgk actual product yg cik lady wat/beli...;)

    ReplyDelete
  2. kedai dekat chow kit walaupun xlawa tapi memang murah kan hehe =)

    ReplyDelete